AMK, Shariful ‘Otak Udang’ yang sepatutnya jalani rawatan di Hospital Bahagia – Khairuddin Abu Hassan

0
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan(kanan) hari ini membalas kenyataan seorang Exco Angkatan Muda Keadilan(AMK) Shariful Azmir Hj Mustafa(kiri) yang sebelum ini menyuruh beliau jalani rawatan mental ekoran ketegasan Khairuddin dalam isu peralihan kuasa.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membalas kenyataan seorang Exco Angkatan Muda Keadilan(AMK) yang sebelum ini menyuruh beliau jalani rawatan mental ekoran ketegasan Khairuddin dalam isu peralihan kuasa.

“Sebenarnya Exco Angkatan Muda Keadilan, Shariful Azmir Hj Mustafa yang harus melalui ‘treatment’ di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana puak bangang ini tidak mempunyai disiplin dan semangat persemuafakatan di bawah payung PH”

“Kalangan bangang ini semua hanya hendak berebut kuasa tetapi dalam masa yang sama tidak memberi sebarang sumbangan kepada Kerajaan PH untuk bangunkan semula keadaan ekonomi negara yang telah dirosakkan secara begitu teruk oleh rejim Kleptokrasi pada suatu masa dahulu” tegas Khairuddin.

Beliau turut menyelar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana di dakwa gagal mengawal dan mendisplin penyokong beliau dari berterusan menyerang Perdana Menteri yang datangnya dari komponen Pakatan Harapan itu sendiri.

“Di mana disiplin kepartian kita? Tanpa disiplin bagaimana kita hendak urus tadbir pentadbiran sebagai pemerintah secara berkesan?” tanya Khairuddin di dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

“Golongan bodoh ini mencemuh Perdana Menteri PH setiap hari tetapi dalam masa yang sama Presiden Parti PKR yakni penyangak Anwar Ibrahim hanya duduk diam berpeluk tubuh tanpa mengambil sebarang bentuk tindakan disiplin terhadap para penyokongnya”

“Sebab itu saya kata penyangak anwar ibrahim seorang yang ‘lidah bercabang’ dan pakar ‘baling batu sorok tangan” ujar Khairuddin.

Dalam pada ifu beliau menegaskan bahawa seorang yang berjati diri songsang tidak layak menjadi Perdana Menteri.

“Seseorang yang berjati diri songsang tidak boleh jadi Perdana Menteri kerana kita takut Allah SWT turunkan kifarah serta bala kepada keseluruhan ummah di tanahair yang tercinta ini”

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi Exconya, Shariful Azmir Mustafa menempelak kenyataan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menggelar sayap PKR itu sebagai gangster.

Khairuddin digesa menjalani rawatan mental kerana sering membuat kenyataan tidak masuk akal malah tidak munasabah.

Leave a Reply