Ambil anak angkat perempuan, Amanda buah hati kesayangan Vida

0

Dato’ Seri Vida berkongsi kemeriahan majlis sambutan hari lahir anak lelakinya, Kacak yang ke-13 dan turut membawa sekali anak angkatnya yang dikenali sebagai Amanda.

Menurut Vida dia mengambil Amanda sebagai anak angkat sejak kanak-kanak perempuan berkenaan berusia dua hari.

Bercerita lanjut, Vida berkata dia menerima panggilan telefon memberitahu ada seorang bayi comel yang boleh dijadikan anak angkat.

Vida terbayangkan kecomelan bayi terbabit seperti bidadari.

View this post on Instagram

ANAK ANGKAT SY.. SEJAK USIA 2 HARI DIBELA.. Amanda . Alkisah sy ambil Amanda, Tahu melalui call.. org cakap ada baby comel.. sy terbayangkan mcm baby bak bidadari Rupanya.. dlm keadaan berkudis.. dan tak bermaya . Sy tak bg orang sentuh, Sy jaga sndiri.. wlaupun sibuk Sbb sy nk dia akan kasih sy.. sy akan rasa syg kat dia . Alhamdulillah la.. Stakat ni tak pernah lagi naik tangan kat dia.. WLAUPUN KDG DEGIL TAK TERKAWAL Anak sndiri pun time sy marah bergegar rumah.. Tapi amanda tak pernah merasa kena marah Sy tak smpai hati tp.. PERLU BNYK KESABARAN . Takper.. one day.. tunggu Dia akan cantik.. luar biasa Skrg pun da nampak dia petah bercakap… Bole jadi BUSINESSWOMAN . Syg2 pernah tengok org ada anak angkat? Atau yg bela anak angkat? Mcm mna pengalaman… Sy betul2 nk tahu.. Cer komen

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Namun sebaliknya yang dilihat secara berdepan apabila Amanda pada ketika itu berada dalam keadaan berkudis dan tidak bermaya.

Namun begitu , Vida tetap mengambil Amanda untuk dijaga dan tidak membenarkan sesiapa menyentuh anaknya itu malahan Vida menjaga sendiri meskipun sibuk dengan empayar perniagaannya.

“Sbb sy nk dia akan kasih sy.. sy akan rasa syg kat dia, Alhamdulillah la.. Stakat ni tak pernah lagi naik tangan kat dia.. WLAUPUN KDG DEGIL TAK TERKAWAL. Anak sndiri pun time sy marah bergegar rumah.. Tapi amanda tak pernah merasa kena marah. Sy tak smpai hati tp.. PERLU BNYK KESABARAN” tulisnya.

Vida sempat bergurau, “Amanda ni hodoh hidung kemek tapi mata comel, takpe nanti besar kita buat plastic surgery”, sambil melayan si kecil itu.

Dato’ Seri Vida ni selalu berceloteh nakal yang mengundang tawa para pengikutnya.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply