Amalkan lima bahan alami atasi tekanan darah tinggi

0

Jangan ambil ringan sekiranya anda menghadapi penyakit darah tinggi.

Ini kerana tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan faktor risiko kepada penyakit jantung.

Jika dibiarkan tidak terkawal anda mungkin boleh mendapat pelbagai komplikasi kesihatan bahkan kecacatan.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, penjagaan makanan, tidur yang cukup, kurangkan stress serta hentikan tabiat merokok, anda juga boleh mencuba kaedah rawatan dengan menggunakan bahan alami.

Berikut dikongsikan lima tip turunkan tekanan darah tinggi yang boleh anda praktikkan ketika di rumah. Ianya sangat mudah!

1) Daun Kucai

Ambil seikat daun kucai dan tumbuk lumat serta perah sehingga mengeluarkan air. Minum setiap pagi selama sebulan.

2) Buah Mengkudu

Perahkan buah mengkudu masak, ambil airnya dan tapis. Minum pada setiap pagi sebelum makan pagi. Amalkan selama seminggu berturut-turut.

3) Epal Hijau

Ambil 2 biji epal hijau yang dibuang kulit dan hiris nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sejuk dan tapis airnya lalu minum dua kali sehari.

4) Serai

Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk dan rebus bersama empat mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Minum 2 kali sehari.

5) Kelapa Muda

Ambil segelas air kelapa muda dan campurkan sedikit kopi serta sebuku garam jantan, lalu kacau dan minum. Amal 2 kali seminggu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply