Amalkan kaedah selamat merancang keluarga

0

Sedih bila kami terdengar kisah ibu yang termengandung akibat sangkakan produk jamu boleh mencegah daripada mengandung.

Pasangan ini telah salah faham “larangan” memakan jamu ketika mengandung oleh doktor. Mereka sangkakan jamu boleh bertindak sebagai perancang keluarga.

Kami doakan semoga pasangan ini tabah membesarkan anak mereka.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan pengangguran yang meningkat ketika ini tidak membenarkan ramai pasangan untuk mendapatkan anak pada waktu terdekat ini.

Terbaharu, ada yang sampai terpaksa meninggalkan anak yang baru lahir di pintu pagar surau kerana faktor ekonomi. Ramai yang risau.

Usah risau lagi. Di klinik kesihatan (KKM) dan Klinik Nur Sejahtera (LPPKN), terdapat pelbagai kaedah perancang keluarga.

Kos juga sangat murah. Anda juga akan mendapat perkhidmatan kaunseling perancang.

Walaupun kaedah perancang yang disediakan ini tidaklah 100% berkesan, ianya masih kaedah perubatan yang terbaik untuk merancang keluarga.

Owh ya, sebelum anda datang ke klinik, pastikan anda membuat temujanji dahulu.

Sebarang maklumat tentang cara untuk mendapatkan temujanji bolehlah layari laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply