Amalan normal baharu dan kawalan kendiri beri kesan kepada penurunan kes baharu

0

Semenjak penularan wabak COVID-19, petugas barisan hadapan adalah mereka yang bertungkus lumus menjalankan tugas tanpa mengira masa dan tenaga.

Segala keringat dan pengorbanan mereka selama ini sangat dihargai dan di pandang tinggi oleh seluruh masyarakat.

Berkat usaha para petugas barisan hadapan dan kerjasama rakyat mematuhi arahan keberhasilannya dapat dilihat melalui angka baru positif COVID-19 yang semakin menurun dari hari ke hari.

Menerusi laman media sosial Facebook @Majlis Keselamatan Negara, para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik nafas lega di atas perkembangan terbaru ini.

Memetik kenyataan, amalan normal baharu rakyat Malaysia yang mampu membuat kawalan kendiri telah membuahkan hasil dengan menurunnya jumlah kes harian wabak pandemik ini.

Rakyat turut disarankan agar terus kekal patuhi PKPB dan SOP yang telah ditetapkan agar penularan wabak dapat dibendung seterusnya mampu memutuskan rantaian virus pandemik ini.

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#StrongerTogether
#dudukRumah
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

JUMLAH KES COVID19 TERUS TURUN, PETUGAS KKM MENARIK NAFAS LEGAAmalan normal baharu rakyat Malaysia mampu membuat…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 05 Mei 2020

Leave a Reply