Amal surah Yasin sebagai pedinding diri – Ayob Khan

0

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tidak menafikan mungkin ada pihak yang tidak suka ketegasannya dan mereka boleh melakukan apa sahaja, termasuk sihir.

Namun tegas Datuk Ayob, rezeki dan kematian bukan ditentukan oleh manusia tetapi Allah dan sekiranya ketakutan terhadap makhluk menguasai diri, seseorang itu tidak dapat melakukan pekerjaannya.

“Bagi sayalah tuan-tuan, kita jangan angkuh. Jangan cakap besarlah. Paling penting tuan-tuan, kita buat kerja ikhlas. Kalau kita buat kerja ikhlas kerana Allah Taala, tuan-tuan yang lain, tuan-tuan jangan bimbang,

“Orang akan buat tuan-tuan. Orang akan atur tuan-tuan. Orang akan sekat tuan-tuan. Tapi kalau Allah dah tentukan wahai Ayob kamu akan mati jam 12.05 minit, sakit jantung ketika memberi syarahan di INTAN Kluang, saya akan matilah.

“Allah yang tentukan, wahai Ayob kamu akan pencen sampai Ketua Polis Johor. Kamu tak boleh pergi lagi atas. Pencen Ketua Polis Johorlah.

“Jadi, rezeki, hidup-mati kita, bukan manusia yang tentukan tapi Allah yang tentukan. Kalau tuan-tuan takut, makna tuan-tuan takkan dapat kerja tuan-tuan,” katanya ketika ucaptama di majlis INTAN Executive Lecture Series : Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan, hari ini.

Lapor Berita Harian Datuk Ayob tidak menafikan amalan sihir tidak dapat lari daripada kehidupan masyarakat hari ini, namun beliau turut berkongsi amalan tertentu bagi membenteng diri daripada terkena sihir.

“Memanglah orang orang khususnya orang Melayu kitalah, dia tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Dia akan gunalah. Tak boleh berdepan, dia guna cara halus. Tak boleh nak ini, dia akan guna bomoh Siam. Macam-macam ada orang yang terkena.

“Insya-Allah, ayat surah Yasin kan ayat kesembilan itu pendinding. Kalau nak keluar rumah pun baca. Insya-Allah. selain daripada ayat kursi.

“Tetapi nak kena yakinlah. Memanglah benda benda mistik itu ada, bukan tak percaya. Tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply