Amal 3R kebiasaan baharu ketika bekerja

0

Hampir memasuki 50 hari negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Selaras perutusan khas Perdana Menteri, kerajaan telah mencadangkan konsep berkerja dari rumah khususnya bagi kakitangan awam.

Justeru kakitangan yang diwajibkan berkerja dari rumah amat penting bagi mengamalkan konsep 3R norma baharu seperti yang ditetapkan ketika menjalankan sebarang tugasan.

1) Ruang kerja : Sediakan ruang yang sesuai dan selesa untuk berkerja

2) Rutin : Kekalkan jadual waktu bekerja seperti biasa, berhenti pada waktu rehat dan apabila tamat waktu kerja

3) Rehat : Rehat selama 15 minit bagi setiap 2 jam dengan melakukan senaman ringan serta hirup udara segar dan lihat permandangan luar

Mengambil maklum pengumuman dari Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan PKP masih belum ditamatkan justeru masyarakat perlu terus patuhi SOP yang diarahkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

NORMA BAHARU KERJA DARI RUMAH

Amalkan norma-norma baharu yang telah ditetapkan ketika bekerja dari rumah.PKP masih belum tamat dan kita masih belum menang. Teruskan mematuhi PKP bagi memastikan penularan wabak COVID19 dapat diputuskan.#KitaMestiMenang#StaySafeStayHome #StayAtHome #DudukRumah #COVID19malaysia #COVID19#MovementControlOrder#PerintahKawalanPergerakan#HapusCOVID19KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMMJabatan Perdana Menteri

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 03 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply