“Always remember to fall asleep with a dream and wake up with a purpose”, Neelofa kongsi kata-kata motivasi capai impian dan cita-cita

0

“Always remember to fall asleep with a dream and wake up with a purpose.”

Dalam makna perkongsian pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa ini menerusi platform media sosial Twitter peribadinya.

Menurutnya, setiap dari kita mempunyai mimpi atau angan-angankan sesuatu. Lumrah manusia, pasti ada keinginan berputik dalam hati sanubari.

Seterusnya, angan-angan itu perlu diikuti dengan usaha untuk menjayakan dan akhirnya mencapai apa yang diingini.

Dalam erti kata lain, kita perlu mempunyai matlamat dan hala tuju dalam hidup.

Jadikan angan-angan dan mimpi kita itu menjadi realiti dan berikhtiar menggapai kemajuan dalam hidup serta sentiasa bergerak ke hadapan.

Tidak salah kita jadikan figura cantik ini sebagai contoh atau ‘role model’.

Dari pengalaman di pentas peragaan, lakonan, pengacaraan seterusnya mengembangkan sayap sebagai usahawan berjaya.

Semoga nasihat Neelofa ini mampu menaikkan semangat kita ya! 💪💙

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply