Aliff Syukri tampil hulur bantuan RM30,000

0

Jika semalam kami kongsikan perkongsian Public Health Malaysia yang memohon bantuan para dermawan bagi menampung keperluan 200 ventilator tambahan yang diperlukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini jutawan terlajak laris, Dato’ Seri Aliff Syukri memberi respon terhadap permohonan terbabit.

Public Health Malaysia mohon dermawan tampil hulur bantuan ventilator tambahan

Dato’ Seri Aliff Syukri bermurah hati memberi sumbangan RM30,000 dan meminta Public Health Malaysia menghubungi pengurusnya untuk urusan lanjut.

Dalam pada itu, beliau turut berceloteh dan berkata, “Susah sy nak puaskan hati org.. Assalamualaikum kepada semua sahabat media sosial saya. Saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen. Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah. Baru-baru ini tular dengan mengatakan bahawasanya saya tidak membantu orang di dalam kesusahan” tulisnya.

View this post on Instagram

susah sy nak puaskan hati org.. Assalamualaikum kepada semua sahabat media sosial saya. Saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen. Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah. Baru-baru ini tular dengan mengatakan bahawasanya saya tidak membantu orang di dalam kesusahan. Dan di dalam masalah cronola. Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yg susah dlm penyakit cronola ini. Dan orang mengatakakan saya tidak membantu. Saya meriak dan sebagainya. Jika saya bantu korang kata saya riak, jika saya tidak bantu korang kata saya jahat. Kalau saya tunjuk buat live, korang kata saya menunjuk. Sebenarnya korang nak apa ? . . Sebenarnya saya dah banyak bantu tpi sy senyap sbb sy tak nak org cakap sy riak mak saya pun dah pesan…Ok dah, kalau begitu berapa ramai korang nak saya bantu dan saya tambahkan lagi RM30k . Kepada sesiapa yang nak saya bantu, sila komen di bawah. Dan saya akan buat video dan yoad di youtube sy tv terlajaklaris.. Dan saya akan buat video, jangan korang kata saya nak menunjuk pula kali ni.. . . kepada public helath malaysia plz wussp manager saya 0192800681 utk bantu ..jangan cakap abg tak bantu lagi tau.. Dan kepada punya aku nak abang dan juga pengguna pada abang ini adalah hasil daripada anda semua jadi apa salurkan kepada mereka yang memerlukan dalam kesusahan

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menurutnya, dia sebenarnya telah membantu lebih dari puluhan ribuan ringgit untuk golongan tidak berkemampuan malah ada yang menuduhnya tidak membantu malah menunjukkan keriakan.

“Jika saya bantu korang kata saya riak, jika saya tidak bantu korang kata saya jahat. Kalau saya tunjuk buat live, korang kata saya menunjuk. Sebenarnya korang nak apa ?” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia membantu secara diam kerana tidak mahu dituduh menunjuk-nunjuk dan sentiasa memegang pesanan ibunya, Bonda Rozita.

Jika benar bagai dikata, terima kasih Dato’.
Semoga terus terlajak laris!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply