Aliff Syukri pertikai kenapa lagunya tidak tercalon di AJL ke-34

0

Siapa sahaja tidak mengenali pengasas d’Herbs iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri yang selalu muncul dengan bermacam kerenah di laman media sosial.

Terbaharu, Aliff Syukri mempertikaikan mengapa lagunya tidak tersenarai pencalonan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL).

Hai… Biar betul, Aliff Syukri mahu menyanyi di pentas gah AJL???

Jutawan kosmetik terlajak laris telah memuat naik video berdurasi 1.57 minit di laman IGTV miliknya dan meluahkan kekecewaan berkenaan perkara berkenaan dan turut menyanyikan beberapa lagunya.

Menurutnya dia tidak kisah jika lagunya tidak memenangi sebarang kategori di AJL, namun sekurang-kurangnya dia mahu tercalon kerana yakin lagu dan suaranya itu sedap didengar.

Namun luahan itu telah mendapat perhatian dari pelakon versatil, Amyza Aznan yang meninggalkan komen di ruangan komen perkongsian Aliff Syukri.

Perkara menjadi lebih hangat apabila pembantu peribadi Aliff Syukri yang amat petah mempertahankan majikannya, Kak Mel tampil membidas Amyza Aznan.

Hmmm… Macam-macam cara untuk menarik perhatian warganet ya. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply