Alami sesak nafas, Lok- U meninggal dunia

0

Pengarah muzik terkenal Lok-U dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi di kediaman rumahnya.

Lok-U atau nama sebenar Faizal bin Uzir dipercayai mengalami sesak nafas dan rebah selepas pulang daripada berjogging.

Menurut sumber, urusan pengembumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 Subang Jaya selepas proses bedah siasat selesai.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Jamariah Yusof dan empat cahaya mata iaitu Yasmin Damia, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Adam Danial.

Lok-U merupakan antara pengarah dan penerbit muzik terkemuka yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply