Alahai kasihan…bibir bengkak teruk Harris Anuar disengat tebuan

0

Malang tak berbau.

Siapa sangka, dalam menjalani rutin harian tersembunyi bahaya yang tidak kita sedari.

Inilah yang berlaku kepada pelakon, pengacara dan model Harris Annuar ketika sedang mandi pagi tadi apabila dia telah disengat oleh tebuan.

“Kisahnya aku mandi jam enam pagi tadi. Semasa mandi, aku cuci muka.

“Aku tak sedar ada seekor tebuan hinggap pada tuala aku.

“Lepas mandi, aku ambil tuala dan terus lap muka. Jadi tebuan yang terperangkap antara tuala dan muka aku terus sengat pada bahagian bibir,” ceritanya.

Akibatnya, bibir Harris mengalami bengkak dan kemerahan. Aduiiii!! Kasihan! Terasa sakit pula melihatnya.

Menerusi hantaran klip video di Instagramnya, pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar ini berkongsi yang dirinya kini sedang menerima rawatan dan ditempatkan di sebuah wad hospital.

Ruangan komen menerima ucapan rakan artis dan peminat agar Harris segera sembuh.

Untuk rekod, bekas pemenang tempat ke tiga Hero Remaja 2017/18 ini merupakan anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada figura Neelofa.

Dia dilahirkan di Selangor pada 1993 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina.

Bergiat aktif dalam bidang seni sejak 2017, lakonannya dapat disaksikan menerusi drama antaranya Jangan Padam Rindu, Isteri Bukan Untuk Disewa, Lelaki Kiriman Tuhan dan Terlerai Noktah.

Kami warga kerja The Malaya Post mendoakan agar Harris segera sembuh dan dipermudahkan urusan.

Jangan ketawa kuat sangat ya, bawa-bawa berehat.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply