Aktiviti sukan air, renang dibenarkan bermula 25 Jun

0

Dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan hari ini membenarkan pembukaan sektor sukan air dalam kolam renang untuk aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal.

Walau bagaimanapun, aktiviti latihan renang termasuk terjun dan menyelam perlu mengikut sesi ditetapkan dan dihadkan jumlah bilangan individu pada satu-satu sesi mengikut kapasiti kolam.

Beliau turut mengingatkan operator kolam renang supaya mematuhi SOP yang bersesuaian dengan menghadkan jumlah perenang di dalam kolam renang dan di bilik mandi serta bilik persalinan.

Selain itu, operator perlu memastikan ujian tahap klorin dalam kolam renang dilakukan setiap dua jam operasi bagi memastikan tahap klorin pada tahap optima mengikut piawaian.

Berbicara lanjut, beliau berkata pembukaan kolam renang untuk aktiviti latihan sukan ini akan berkuatkuasa mulai 25 Jun depan.

Kebenaran ini juga tertakluk kepada pembukaan operasi kolam renang di tempat terkawal seperti kolam renang persendirian di kediaman dan ‘gated community’ dan kolam renang awam di hotel serta kelab rekreasi.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, 18 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply