Aktiviti keagamaan di dalam masjid, rumah ibadat bukan Islam dibenarkan

0

Sepertimana yang pernah diumumkan sebelum ini, kerajaan telah memberikan kebenaran untuk meneruskan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid-masjid dan juga surau.

Malah kebenaran untuk solat di masjid dan surau bukan lagi hanya satu pertiga masjid tetapi telah dibenarkan untuk memperluaskan kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah mengikut saiz serta ruang solat.

Namun begitu, penjarakan sosial serta SOP yang ditetapkan perlu dipatuhi.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi turut menegaskan segala aktiviti keagamaan seperti tazkirah, ceramah dan kelas mengaji turut dibenarkan di dalam masjid.

Selain dari itu, kebenaran ini juga boleh digunapakai di rumah ibadat bukan Islam, dan masih lagi tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial.

Bagi upacara keagamaan Kristian di gereja yang dijalankan dalam pelbagai bahasa, mereka juga dibenarkan untuk mengadakan upacara berkenaan secara bergilir.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply