Aksi profesional Primadona Datin Seri Paduka Umie Aida dipuji ramai

0

Kehebatan lakonan Datin Seri Paduka Umie Aida sememangnya tidak dapat dinafikan. Berilah apa sahaja watak sekalipun, pastinya berjaya dihayati dengan baik sekaligus mampu menarik perhatian penonton.

Kelibat primadona sambil memegang skrip di pentas teater Pawana Isabella mengejutkan para penonton yang hadir.

Melalui perkongsian beliau di laman sosial Instagram, Umie Aida menyatakan beliau dihubungi pengarah tersohor yang juga kakaknya iaitu Erma Fatima, 20 minit sebelum pementasan berlangsung untuk menggantikan pelakon Azar Azmi yang tidak dapat hadir ke pementasan berkenaan kerana masalah kesihatan.

View this post on Instagram

20mins sebelum start show dapat col dari erma.. minta tolong me gantikan watak azar azmi kerana masalah kesihatan. Whatttttt…. 😳 dalam hati me gila ke.. me tak tahu dailog.. blocking..dah la dalam bahasa bangsawan. alasan erma simple je.. hanya hang je yg muat baju2 azar. Hah ?? Pasal muat baju je tima paksa ku jadi bidan terjun. Me sahut cabaran ini.. walaupun memang kerja gila !! Mana tak gila.. first time me tgk script dan tak dpt pun nak baca script sebelum start show pasal mengejar masa. Tapi me bersyukur kerana semua pelakon pewana isabella banyak membantu me semlm. Terima kasih 🙏 Walaupun tidak dlm kesempuranan me membawa watak puteri barok tapi ianya menjadi pengalaman manis buat me , menjadi bidan terjun utk sebuah naskah yang penuh makna dan berganding dengan pelakon2 hebat. Akhirkata.. me nak off handphone.. 😂🤣😂

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

Menyifatkan satu ‘kerja gila’ apabila beliau diberi skrip disaat pementasan akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Umie Aida turut memuji naskah Pawana Isabella sebagai sesuatu yang bermakna dan merupakan pengalaman manis kerana dapat bergandingan dengan para pelakon hebat yang turut membantu sepanjang pementasan teater berlangsung.

Rakan-rakan artis dan para peminat beliau turut menzahirkan sokongan dan tahniah di atas kesanggupan beliau menjadi ‘bidan terjun’ untuk menjayakan teater yang membangkitkan semangat Melayu disamping menggunakan skrip ‘bahasa bangsawan’ sepenuhnya.

Leave a Reply