Aksi gadis kaki latah dan dua pemuda cuba menahan ketawa hiburkan netizen

0

Jika mempunyai kenalan yang kaki latah, pastinya sesiapa sahaja akan seronok dan cuba mengusik.

Begitulah perkongsian di laman Twitter Hilman Razak yang memaparkan pengacara MHI, Ally Iskandar mengusik seorang gadis yang melatah.

“Melatah time live???? Berdekah terus satu studio” tulis beliau bersama video berdurasi 0.17 saat.

Sesuai dengan program bual bicara pada hari itu yang bertajuk ‘Melatah, Terhibur atau Terseksa’.

Melalui video yang dipaparkan, pada mulanya gadis terbabit menjawab “saya nak jadi doktor” namun apabila Ally bertanya “doktor apa” sambil menepuk perlahan sofa yang diduduki, gadis itu terkejut dan menjawab “doktor haiwan” sambil tangannya di angkat ke atas seperti sedang melaungkan Merdeka.

Warganet bukan sahaja terhibur dengan aksi latah gadis itu malah tindakan spontan dua pemuda dipercayai tetamu jemputan yang cuba menahan gelak ketika program sedang bersiaran juga mengundang tawa netizen.

“Aku gelak bukan sebab dia melatah tapi tengok reaction orang yang tahan gelak tu hahahaha”

“awkward nya situation selepas kejadian HAHAHAHA another level of malu”

Tidak kurang juga ada yang membuat parodi menggunakan gambar gadis berkenaan di ruangan komen laman Twitter terbabit.

Video itu kini telah diulangkicau sebanyak 24,000, lebih 18,000 tanda suka dan juga 284,000 jumlah tontonan.

Leave a Reply