Aksi comel Datin Seri Shahida menari TikTok menghiburkan

0

Datin Seri Nur Shahida berkongsi satu entri di laman Instagram miliknya yang mencuit hati sesiapa yang menontonnya.

Entri yang memaparkan isteri jutawan kosmetik, Aliff Syukri bersama anak perempuannya, Qadejah dan ditemani oleh Ghasi atau lebih mesra disapa PA Bangsawan.

Kelihatan mereka bertiga sedang melakukan aksi tarian melalui aplikasi TikTok yang kini menjadi trend di kalangan pengguna laman media sosial.

Namun yang lebih mencuit hati netizen dan juga Nur Shahida sendiri adalah apabila melihat aksi Ghasi yang agak kaku dan sedaya upaya cuba mengikuti gerak tari berkenaan.

“Bila anak2 dah besar dia pula ajar mak dia main TIK TOK…x cukup korum panggil la PA Bangsawan join walaupun mcm kekejangan je dia joget???????????? @ghazi_ml @qadejah_terlajaklaris” tulis Nur Shahida bersama perkongsian video.

Para pengikut Instagram Nur Shahida turut terhibur dengan telatah Ghazi dan mula meninggalkan komen nakal di ruangan komen perkongsian berkenaan.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply