Aksi comel dan bijak ikan yu paus meminta bantuan nelayan, raih perhatian pelayar Twitter

0

Viral rakaman video yang memaparkan seekor ikan yu paus sedang meminta bantuan dari nelayan di media sosial.

Rakaman yang berlaku di perairan Bintulu, Sarawak memperlihatkan seekor yu paus berenang menghampiri bot nelayan dan seolah-olah ingin meminta bantuan.

Ketika ikan terbabit semakin menghampiri para nelayan, kelihatan seutas tali berwarna kuning terikat pada badan ikan berkenaan.

Lalu dengan pantas mereka bertindak membantu membuka ikatan dengan memotong tali terbabit dengan menggunakan sebilah pisau.

Setelah ikatan berjaya dipotong, ikan yu paus berenang dengan bebas sambil melibaskan ekor tanda berterima kasih terhadap bantuan yang diberikan.

Rakaman video menyentuh hati tambahan aksi comel dan bijak seekor ikan berjaya menarik perhatian warganet.

Ramai juga yang memuji di atas kebaikan para nelayan kerana pantas bertindak membantu ikan yu paus itu.

Leave a Reply