Aksi Alisson memeluk Salah gamit memori gaya Reina menentang United tahun 2009

0

Aksi penjaga gol Liverpool, Alisson ketika Mohamed Salah menjaringkan gol telah menggamit memori buat penyokong setia dan fanatik kelab tersebut.

Setelah Salah menjaringkan gol kemenangan menewaskan pasukan lawan, Manchester United, Alisson berlari dari gawangnya lalu memeluk Salah selepas penyerang Mesir berjaya melengkapkan kemenangan 2-0.

Gaya Reina yang berlari laju ke arah David Ngog selepas pemain Perancis itu menjaringkan gol ketika menentang United pada 2009 telah menjadi inspirasi buat Alisson dan ianya dipraktikkan terhadap Salah, semalam.

Setelah kemenangan ke atas United semalam, nampaknya penantian skuad bimbingan Jurgen Klopp bagi menamatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selama 30 tahun bakal berakhir.

Ia turut dibantu susulan dua pencabar terdekat mereka gagal meraih tiga mata yang menyaksikan Manchester City sekadar seri 2-2 dengan Crystal Palace manakala Leicester City tewas 1-2 di tangan Burnley. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply