Akhbar berbahasa Cina papar gambar Presiden PAS-UMNO kahwin sejenis

0

Sebuah akhbar berbahasa Cina dipercayai dari Sabah iaitu Overseas Chinese Daily News, keluaran 19hb September, telah menerbitkan sebuah artikel berkaitan Muafakat Nasional UMNO-PAS.

Apa yang menjadi kemarahan umum adalah tindakan kebiadapan melampau akhbar berkenaan meletakkan sekeping gambar iaitu Presiden Umno Malaysia Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenakan suit perkahwinan lelaki dan Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenakan gaun perkahwinan wanita.

Dalam gambar berkenaan tersirat sindiran yang bermaksud Presiden UMNO dan Presiden PAS sedang melangsungkan perkahwinan sejenis.

Persoalan kini terjurus kepada adakah Parti UMNO dan PAS akan membiarkan saja akhbar ini sesuka hati menghina Presiden mereka? Atau mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka? Kami akan dapatkan reaksi ke dua-dua parti dalam waktu terdekat.

Leave a Reply