AirAsia umum penambahan laluan baharu, Kuala Lumpur – Ahmedabad

0

Dalam satu kenyataan, pihak penerbangan AirAsia telah mengumumkan penambahan satu laluan baharu iaitu Kuala Lumpur ke Ahmedabad, India dimana laluan tersebut akan menambahkan lagi pasaran bagi 62 juta penduduk di Gujarat, India Barat.

AirAsia berkata, laluan baharu itu dipilih susulan pengurangan fi visa pelancong elektronik daripada AS$100 (e-visa pelancong – kemasukan berbilang kali setahun) kepada AS$10 (e-visa pelancong 30 hari bagi April hingga Jun; AS$5 bagi Julai hingga Mac) bagi warga Malaysia yang layak dan ianya bakal dimulakan pada 29 April.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail, berkata syarikat penerbangan itu mencatatkan beberapa jualan tertinggi di semua destinasi penerbangannya ke India, termasuk laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad berhubung dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Tambang termasuk semua bagi ahli dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad ketika ini dibuka untuk tempahan di airasia.com daripada RM199 sehala bagi tempat duduk standard dan RM899 sehala bagi Premium Flatbeds.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply