Air mata ‘Mowgli Malaysia’ tumpah lihat kerbau ternakan mati mengejut

0

Masih ingat pada adik Syukor Khamis Kampung Boy yang berasal dari Terengganu?

Nama Syukor Khamis mula disebut ramai apabila gambar mesra bersama kerbau peliharaannya menjadi perhatian dunia.

Melalui perkongsian laman media sosial Komuniti Padang Midin, fan page terbabit berkongsi perkhabaran duka kematian mengejut lebih 25 ekor kerbau ternakan milik keluarga adik Syukor Khamis.

“Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut. Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan. Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini. Moga Allah gantikan dengan gantian yang lebih baik”, kongsi laman media sosial terbabit.

Untuk rekod foto adik Syukor Khamis yang turut digelar ‘Mowgli Malaysia’ dinobatkan antara pemenang bagi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik dan turut dinobatkan antara pemenang bagi Asian Geographic : Imej Asia 2018 bagi  kategori Manusia/Jalanan (Street/People).

Terbaharu, sekali lagi foto adik Syukor Khamis terpilih memenangi pertandingan peringkat Asia, bulanan, bagi Ogos 2020.

Semoga adik Syukor dan keluarga bertabah hati dalam melalui ujian ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply