Air Asia Food akan diperluas ke Indonesia pula

0

Perkhidmatan penghantaran makanan kini semakin popular dan menjadi pilihan ramai.

Ini kerana cara begini lebih mudah dan cepat tanpa perlu bersiap untuk keluar membeli sendiri.

Bagi mereka yang keluar bekerja pula, kebanyakan pihak syarikat telah memudahcara kakitangannya untuk menikmati makan tengah hari dengan memesan makanan secara atas talian dan dihantar terus ke tempat kerja.

Ia selaras dengan saranan pihak berwajib agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dalam usaha mengekang seterusnya memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Kini, kewujudan perkhidmatan penghantaran ini tumbuh bagai cendawan.

Menerusi perkongsian di platform media sosial Instagram peribadinya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes memperluaskan cabang perniagaan syarikat dengan memperkenalkan jenama terbaru yang menyediakan perkhidmatan ini @airasiafood.

Menurutnya, perkhidmatan ini baru saja bermula dan kini dalam usaha menambah dan memperluas kawasan penghantaran.

Menjawab kepada soalan pengikutnya, dia turut menyatakan perkhidmatan ini akan turut diperluaskan ke Indonesia pada penghujung tahun.

Nyata ia mendapat reaksi sangat positif pembaca kerana selain membuka peluang pekerjaan baru, dapatlah menikmati makanan seperti yang dihidangkan dalam pesawat. Mungkin! 😋

Menerusi foto yang dimuatnaik juga memperlihatkan Tan Sri sendiri turun padang membuat penghantaran menggunakan motosikal.

Hati-hati, jangan lupa pelitup muka ya Tan Sri!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply