Ahli Parlimen pembangkang menolak dakwaan PM cukup majoriti

0

Ahli Parlimen pembangkang menolak dakwaan  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup sokongan majoriti.

Ini kerana kata mereka dalam satu kenyataan bersama beberapa Ahli Parlimen kerajaan telah menarik semula sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin.

“Kami tetap menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut sama, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) serta Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (Bebas).

Terdahulu Tan Sri Muhyiddin mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Beliau turut berkata Keabsahan diri beliau sebagai PM akan ditentukan pada September ini di Parlimen.

Perkara itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply