Hina kereta buruk, YB Lembah Pantai teruk dikecam netizen

0

Pepatah Melayu berbunyi, ‘Terlajak Perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Itulah yang berlaku apabila Tweet yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil di laman Tweeter miliknya dihujani kecaman balas oleh netizen.

Tweet yang ditulisnya berbunyi ;

A : Kereta ni macam kereta perang.

B : Cukup sifat ni.

Me (YB Fahmi Fadzil) : Ni bukan cukup sifat.Ni cukup syarat je ni.

Tweet yang ditulis secara berdialog berserta gambar sebuah kereta jenama Proton Wira yang ditulis ‘LOL’ singkatan untuk ‘Laugh Out Loud’ di atas nombor kenderaan terbabit menerima kecaman warga Tweeter.

Secara keseluruhan komen laman Tweeter berkenaan mengkritik keras Ahli Parlimen berkenaan kerana menghina, merendah-rendahkan dan mentertawakan kenderaan yang dilihat usang atau mungkin bergerak secara perlahan serta mungkin mengganggu laluan kenderaannya.

 

Malah juga ada yang berpendapat akaun Tweeter Fahmi Fadzil digodam atau diceroboh seperti alasan “klise” yang akan diberikan bagi meredakan kecaman orang ramai.

Dalam pada itu, setelah mendapat kecaman teruk oleh warganet, YB Fahmi Fadzil telah memuatnaik kenyataan permohonan maaf di atas tindakannya itu.

 

 

 

 

Leave a Reply