Ahli Parlimen BERSATU beri kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri

0

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang diadakan pada 24 Februari lalu telah membuat keputusan ketetapan akan menyokong penuh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin beserta seluruh MPT telah sepakat menolak peletakan jawatan Tun sebagai Pengerusi BERSATU.

Sejurus mesyuarat, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu pertemuan dengan semua Ahli Dewan Rakyat BERSATU.

Dalam intipati itu, Tan Sri Muhyiddin meminta agar semua Ahli Dewan memberikan kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Memetik kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua Penerangan BERSATU, Dr Radzi Jidin berkata, pada Selasa kesemua Ahli Dewan Rakyat BERSATU telah pergi menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Ahli-ahli BERSATU diseru supaya bertenang dan memberikan keyakinan penuh kepada kepimpinan BERSATU untuk menagani situasi politik semasa.

“Kita yakin bahawa situasi politik ini akan dapat diselesaikan dengan segera. InsyaAllaj parti dan negara kite akan muncul lebih gagah dan bersatu padu di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir”. katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/the malaya post

Leave a Reply