Agong zahir rasa syukur dan sukacita dengan pendekatan kerjasama rentas parti

0

“Seri Paduka menegaskan bahawa ia juga selaras dengan pendirian Raja-Raja Melayu akan pentingnya pembentukan kerajaan yang stabil dan berfungsi dengan cekap serta berhemah dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

“Oleh hal demikian, Seri Paduka menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Datuk Indera Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan keyakinan proses pemulihan negara dapat dipercepatkan, selari dengan kestabilan politik dan peningkatan kadar vaksinasi serta bantuan oleh kerajaan.

Katanya, ini kerana faktor-faktor itu juga adalah kunci kepada keyakinan semua pihak yang berkaitan dan pelabur.

“Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mempercepatkan penggubalan dasar-dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan lagi daya saing negara.

“Sri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersama baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

Kelmarin, Kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah apabila julung kali memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply