Agong, PM mesyuarat pra kabinet menerusi persidangan video

0

KUALA LUMPUR : Buat pertama kali dalam sejarah, mesyuarat mingguan pra kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlangsung menerusi persidangan video.

Sesi Pra Kabinet menerusi persidangan video ini dipercayai di lakukan ekoran wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

“Hari ini, buat pertama kalinya, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap YAB Perdana Menteri menerusi persidangan video bagi sesi pra kabinet”

“Untuk makluman, YAB Perdana Menteri mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra Kabinet setiap kali sebelum mesyuarat Kabinet diadakan”kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook”

Hari ini, buat pertama kalinya, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap YAB Perdana Menteri…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Selasa, 14 April 2020

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah tamat menjalani kuarantin selama 14 hari ekoran 7 petugas Istana Negara di kesan positif positif Covid-19.

Setelah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan negatif. –THE MALAYA POST.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply