Agong, Permaisuri dan kerabat kuarantin di kamar masing-masing ekoran 7 petugas Istana Negara positif COVID-19

0

Ekoran tujuh petugas Istana Negara yang disahkan positif COVID-19, seluruh kerabat termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dikuarantin.

Menerusi laman Instagram Permaisuri Agong, Baginda menyatakan dirinya sekeluarga sedang menjalani “self quarantine” didalam bilik masing-masing.

Selama 14 hari menjalani proses ini, kesemua mereka hanya perlu berada di kamar dan tidak dibenarkan berjumpa di antara satu sama lain.

Dalam pada itu, baginda juga turut meminta kepada semua rakyat untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan baginda sekeluarga dalam menjalani tempoh berkenaan.

“Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, doakan lah saya sekeluarga selamat.

“Kami self quarantine dalam bilik masing-masing dan tidak bertemu sesama sendiri,” luah Baginda.

Sebelum itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong negatif dari wabak jangkitan COVID-19 selepas menjalani proses ujian saringan.

Proses saringan berkenaan dijalankan selepas tujuh kakitangan Istana Negara didapati positif COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply