Agong, Permaisuri berkenan berangkat melawat mural wajah baginda

0

Terdahulu kami telah kongsikan karya anak jati Terengganu yang melukis mural wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Perdana Menteri dan beberapa lagi potret pemimpin negara.

Anak jati Terengganu bersama rakan hasilkan lukisan mural wajah pemimpin negara

Memetik perkongsian dari laman Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat melawat mural gergasi berkenaan yang diabadikan pada dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor.

Turut berangkat bersama adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

View this post on Instagram

10 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat melawat mural gergasi memaparkan potret-potret pemimpin negara, termasuk potret Seri Paduka Baginda, yang diabadikan pada dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor. Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda-anakanda Baginda, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah. Dalam lawatan ini yang bermula pada jam 3.00 petang ini, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda – Muhammad Suhaimi bin Ali, Muhamad Firdaus bin Nordin dan Abdul Hadi bin Ramli. Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan surat penghargaan, cenderakenangan dan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga pelukis tersebut. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini adalah di atas inisiatif Seri Paduka Baginda sendiri dan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golongan belia negara. Ianya juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menyantuni ketiga-tiga pelukis tersebut dan menghargai usaha murni dan hasil titik peluh serta seni mereka yang telah mendapat sambutan hangat dan tular di media sosial. Dalam lawatan ini yang berlangsung selama 30 minit, Al-Sultan Abdullah berkenan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ketiga-tiga pelukis tersebut di atas cara mereka mengekspresikan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara. Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar usaha-usaha ketiga-tiga pelukis tersebut menjadi contoh, sumber inspirasi dan tauladan kepada golongan belia negara untuk lebih menghargai pemimpin dan negara serta menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Dalam lawatan yang bermula pada jam 3.00 petang semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda, Muhammad Suhaimi Ali, Muhamad Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli.

Seri Paduka baginda juga berkenan mengurniakan surat penghargaan, cenderakenangan dan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga pelukis berkenaan.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah adalah atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong sendiri dan mencerminkan keprihatinan terhadap golongan belia negara serta mencerminkan keperibadian tinggi baginda dalam menyantuni ketiga-tiga pelukis terbabit.

Baginda juga menghargai usaha murni dan hasil titik peluh serta seni mereka yang telah mendapat sambutan hangat dan tular di media sosial.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply