Agong dan Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin

0

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin yang diadakan di Surau Utama Istana Negara semalam.

Majlis berkenaan diadakan sempena kemangkatan Almarhumah KDYMM Tengku Ampuan Pahang Hajah Afzan Rahimahallah Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.

Almarhumah Tengku Ampuan Pahang Hajah Afzan Rahimahallah merupakan Bonda kepada Al-Sultan Abdullah yang telah mangkat pada 29 Jun 1988.

Turut berangkat anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Kerabat-kerabat Diraja Pahang.

2 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong…

Posted by Istana Negara on Thursday, 2 July 2020

Semoga roh Almarhum bonda baginda dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply