Agensi naungan idola K-Pop sahkan Momo Twice dan Heechul bercinta

0

Bintang K-Pop Momo (Twice) dan Heechul (Super Junior) dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan intim.

Gosip itu menguatkan lagi apabila kedua-dua agensi naungan selebriti terbabit, JYP Entertaiment dan Label SJ mengeluarkan satu kenyataan bahawa pasangan selebriti itu dikatakan sedang bercinta.

“Kim Heechul and Momo were always close celebrity senior-juniors but recently they have began to meet each other with good feelings.” — Label SJ

Sebelum ini kedua-dua agensi menafikan berita dan gosip hubungan itu namun kini agensi berkenaan tampil bagi mengesahkan kesahihan perkhabaran terbabit.

“After looking into it, we can confirm that the two celebrities started as close senior-juniors, but recently developed feelings for each other and are meeting each other.” — JYP Entertainment

Leave a Reply