“Agenda utama adalah memperkukuh hubungan antarabangsa” – Menteri Luar Negeri

0

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji akan akan berusaha dengan sedaya upaya bagi melonjakkan lagi nama baik Malaysia sekaligus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa dalam usaha memperkukuhkan hubungan antarabangsa yang merupakan agenda utama beliau.

“Saya sedar, banyak kerja perlu dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Jadi, segala kerja ini akan saya dan warga MOFA laksanakan bermula dari hari pertama saya di MOFA nanti,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, sebagai Menteri Luar, saya tiada agenda lebih besar selain akan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman serta hubungan baik dengan pemimpin- pemimpin di luar negara demi memperkukuhkan lagi hubungan antarabangsa Malaysia, bukan sahaja dengan negara-negara serantau tetapi juga dengan lebih banyak negara di seluruh dunia.

“Menerusi pengamatan saya di laman sosial dan melalui perbualan telefon dengan beberapa pihak semalam, saya faham bahawa harapan rakyat Malaysia ialah mahu negara kita kembali gemilang di mata dunia.

“Sesungguhnya saya yakin, dengan kesungguhan, keikhlasan, dedikasi dan pengalaman yang dimiliki oleh seluruh warga MOFA, ditambah pula dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh rakyat Malaysia, banyak lagi pencapaian serta peristiwa penting di MOFA khususnya dalam perihal antarabangsa Malaysia akan dapat kita saksikan bersama-sama selepas ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada rakyat Malaysia, warga Kementerian Luar Negeri (MOFA), rakan-rakan pemimpin luar negara, Duta dan Pegawai Kerajaan, pengamal media serta sahabat dalam parti yang tidak putus-putus menzahirkan sokongan dan mengucapkan tahniah atas pelantikannya selaku Menteri Luar semalam.

Dato’ Seri Hishammuddin juga memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas kesemua komen serta mesej khususnya di laman Facebook dan Twitter miliknya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply