Tidak dapat tampil seksi dalam video muzik ‘Gerak Lu’, Afieq Shazwan mohon maaf pada peminat

0

Afieq Shazwan bakal melancarkan single terbaru berjudul ‘Gerak Lu’ menerusi platform Joox, spotify dan seluruh saluran digital lain pada tepat jam 8.00 malam, Jumaat ini (27 Nov).

Pelancaran single terbabit akan dilancarkan serentak dengan muzik video ‘Gerak Lu’ melalui saluran YouTube rasmi FMC Music.

Dalam satu kenyataan media, Afieq Shazwan menyuarakan pendapat untuk muncul lebih berani dalam video muzik kali ini.

“Afieq nak keluar dengan konsep muzik video yang lebih daring ala barat dan K- pop dan request ada babak menari tidak berbaju bersama penari agar tampak lebih maskulin dan wow!

“Tetapi malangnya idea tersebut tidak mendapat persetujuan dari pihak syarikat rakaman dan memang saya ada berkeras sikit waktu tu tetapi lepas tu kembali reda.

“Afieq memang dah mempuat persiapan dan senaman khusus di gym bersama trainer agar badan nampak lebih mantap dan namun nampakanya usaha itu hanya sia-sia,” ujarnya.

AfieqShazwan yang juga seorang pelakon  berpendapat penerbitan video muzik yang dihasilkan perlulah ada ‘wow factor’ dan sebagai artis kita perlu tampil berani.

“Kalau nak buat biasa – biasa sahaja takut penonton jemu, tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, peminat dan penonton lebih suka tonton sesuatu yang unik dan trendy.

“Tetapi saya tak kata muzik video ni tak menarik cuma kalau nak tahu apa yang Afieq buat kena lah tonton Gerak Lu di platform YouTube rasmi,” tambahnya.

Tampil dengan lagu hasil ciptaan dan penulis lirik DJ Fuzz, Aziquebeats dan Faezal, Gerak Lu merupakan single berentak R&B.

“Ini merupakan single keempat Afieq Syazwan. Dan ini merupakan single kedua saya Afieq digandingkan bersama Malik Abdullah selepas  single Lelaki Di Telefon.

“Apa-apa pun saya tetap rasa puas dengan hasil pembikinan video muzik Gerak Lu walaupun tidak semua yang saya mahukan dapat (menari seksi), tetapi gambaran yang Afieq fikirkan sebelum ini sedikit sebanyak tercapai dalam video muzik ini.

“Sorry pada para peminat Afieq yang mengharapkan agar tampil seksi dalam video muzik kali ini.

“Afieq berharap single Gerak Lu dapat diterima semua peminat dan pendengar khusunya peminat R&B,” katanya.

 Terdahulu, Afieq Shazwan tampil dengan single yang berjaya menaikkan namanya, Lelaki Di Telefon dan video muzik berkenaan ditonton hampir 10 juta.

Afieq juga pernah muncul dengan dua buah single balada berjudul Seandainya dan Darjat namun kurang mendapat sambutan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply