Aeril Noah sempat jatuh cinta dengan BCL

0

Gugup, perasaan berlebihan dan sempat jatuh cinta.

Demikian pengakuan penyanyi popular dari seberang, Ariel Noah tatkala bergandingan dengan Bunga Citra Lestari atau BCL dalam penggambaran video klip Mencari Cinta.

Perkara berkenaan terbongkar apabila pelantun lagu Bila Nanti ini menjadi tetamu program televisyen The Sultan SCTV, baru-baru ini.

Aeril atau nama penuhnya Nazril Irham berusia 40 ini turut berkongsi pengalamannya beberapa kali berduet dengan penyanyi wanita cantik BCL kepada hos program, Andre Taulany dan Raffi Ahmad.

Dalam lagu duet terbaru mereka, memang ada babak dia dipeluk BCL. Alahai romantiknya…

Kepada satu soalan Raffi kepada Ariel berkenaan hubungan dengan BCL yang terlalu akrab seolahnya sedang bercinta dan bukan seperti sahabat.
“Jujur Ariel saat adegan video klip ini, sempat merasa gugup atau terbawa perasaan?” tanya Raffi.

“Ini jawapannya cuma gugup serta perasaan berlebihan,” jawab Ariel amat berhati-hati.

Bagaimanapun, Ariel berkata, dia amat profesional ketika bekerja walaupun sempat terbawa-bawa perasaan.

Jawapan spontan itu secara tak langsung membuat Raffi dan seisi studio tertawa.

Wah ! cocok bangat ni…

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply