AEON sedia “personal shopper” bagi memudahkan pembelian barangan dapur

0

Dalam usaha membantu bagi membendung dan seterusnya memutuskan rantaian virus COVID-19 ini, pelbagai inisiatif telah diambil dan dilakukan oleh pihak berwajib.

Antaranya, hanya ketua atau wakil keluarga sahaja yang dibenar untuk keluar mendapatkan barangan keperluan.

Menerusi perkongsian laman media sosial, kita dapat saksikan perkongsian isteri atau ibu apabila si suami yang perlu membeli barangan memasak yang amat jarang dilakukan sebelum ini.

Soalan yang pelik dan berjela-jela namun akhirnya barang lain yang sampai ke dapur!

Encik suami! Jangan gundah dan gelana!
Bantuan dah tiba!

Bagi syarikat membeli belah terkenal di Malaysia, AEON, mereka telah mengambil pendekatan dengan mewujudkan bantuan ‘Personal Shopper’ buat pelanggan yang ingin berusniaga di situ.

Shop Alone? No Problem.AEON Personal Shopper Are Here To Assist You.We'll have everything ready for you when you…

Dikirim oleh AEON Retail Malaysia pada Rabu, 25 Maret 2020

Di laman media sosial Facebook @AEON Retail Malaysia, ada dikongsikan langkah mudah kaedah belian ini :

1. Berikan senarai barangan yang ingin dibeli kepada Personal Shopper.

2. Tunggu di dalam kenderaan sementara Personal Shopper anda mendapat dan mengumpul barang – barang.

3. Mereka akan menghubungi anda apabila selesai dapatkan barangan.

4. Bayaran dibuat kepada juruwang di bahagian pembayaran.

Mudah kan!

Tak perlulah Encik suami sampai juling biji mata mencari barang yang isteri minta.

Jadi, kepada ketua / wakil keluarga, dapatkan khidmat ini di AEON berdekatan anda!

Tahniah AEON!

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply