AEON Rider tawar 300 peluang kerja

0

AEON tawar 300 peluang pekerjaan secara kontrak kepada rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19.

AEON Rider menyediakan pelbagai manfaat antaranya dari segi faedah perubatan, insuran kemalangan dan cuti tahunan kepada setiap pekerja.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup.

Pada ucaptama perasmian, beliau berkata industri penghantaran makanan di bawah Gig Ekonomi ini seharusnya bertunjangkan kepada konsep pendigitalan.

“Aspek pendigitalan ini menjadi agenda utama Kerajaan yang kini sedang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dalam pelan jangka sederhana dan jangka panjang pemulihan ekonomi,” kata beliau.

Shah Alam, 6 Ogos 2020 – YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan…

Dikirim oleh Unit Perancang Ekonomi – Laman Rasmi pada Kamis, 06 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply