Adun Sabah sambut baik pemindahan Ibu Negara Indonesia ke Kalimantan Timur

0

TENOM : Adun Kemabong, YB Jamawi Jaafar berkata, penduduk Kemabong sedia lipat ganda hasil pertaniannya mencakupi Durian Dalit atau “Tenom Beauty”, Musang King serta tanaman nanas untuk pasaran ibu negara baharu Indonesia itu.

Semalam, Presiden Joko Widodo telah mengumumkan bahawa lokasi baharu ibu negara Indonesia itu bakal berpindah ke sebahagian Daerah Penajam Paser Utara dan sebahagian di Daerah Kutai Kartanegara, Wilayah Kalimantan Timur.

Dalam perkembangan sama YB Jamawi percaya permintaan dan dagangan sedia ada di Wilayah Sabah terutamanya Tawau dan sekitarnya juga bakal meningkat secara mendadak.

Justeru, beliau menyeru penduduk Kemabong juga rakyat Sabah keseluruhannya menggiatkan usaha dengan mengambil peluang keemasan ini.

“Pastinya ia boleh memacu meningkatkan perdagangan sedia ada di Wilayah Sabah terutamanya Tawau dan sekitarnya juga kawasan Sempadan Indonesia di Pensiangan & Sapulut yang mana buat masa ini laluan utama darat ke daerah-daerah sempadan Indonesia di Kalimantan”

Tambah beliau, kerajaan sudah tentu akan mengambil peluang ini untuk menambah kekerapan kapal pelancongan dan membuka laluan penerbangan dari Lapangan Terbang Tawau terus ke Wilayah Timur Kalimantan berkenaan.

Begitu juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, KKIA yang telah pun ada jalinan penerbangan langsung ke wilayah itu.

“Bilangan pelancong warga Indonesia ke Wilayah Sabah juga akan meningkat lebih-lebih lagi dengan jalinan kapal laut dan feri yang sedia ada antara Tawau dan Wilayah Timur Kalimantan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan The Malaya Post.

Leave a Reply