ADUN Pengkalan Batu nyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional

0

Dato’ Norhizam Hassan Baktee menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional demi orang Melayu dan berharap kepimpinan baharu tidak akan mengecewakan rakyat.

Beliau meluahkan rasa kecewanya setelah dilihat hanya dipergunakan meskipun telah menumpukan dan menyerahkan segala khidmatnya demi pupuk kemimpinan terdahulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu dalam satu sidang media berkata turut mengakui menjadi barua berhubung kekecewaan yang dilaluinya ketika pengumuman peralihan kuasa kerajaan Melaka.

Ditanya mengenai kedudukan dalam DAP, Norhizam berkata, beliau bersedia dengan semua kemungkinan dan itu berkenaan dirinya dan parti.

Petang ini viral video sidang media yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Idris Haron mengumumkan peralihan kuasa kerajaan Melaka yang beralih kepada gabungan Perikatan Nasional.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply