Aduh, nak sedih ke nak gelak ni? Kreatif betul netizen ni ya!

0

Pengumuman Perdana Menteri berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk kembali beroperasi.

Begitu juga aktiviti pergerakan rakyat telah dibenarkan secara bersyarat.

Namun, jelas dalam ucapannya, perjalanan merentas sempadan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri adalah tidak dibenarkan.

Seperti biasa, netizen kita yang kreatif dan berimaginasi tinggi, menzahirkan perasaan ‘sedih’ mereka kerana tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.

Viral video pengumuman khas PM yang disunting kononnya sedang ditemuramah oleh seorang wartawan yang mahu pulang beraya di kampung.

Apabila menonton perkongsian ini di laman media sosial Facebook, pastinya netizen keliru, nak sedih atau tergelak kan? 😂

Sabarlah abah, mereka memang suka menyakat! 😆

https://www.facebook.com/groups/1350909658414305/permalink/1377243752447562/

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply