ADTEC Kulim hasilkan face shield untuk “frontliners”

0

ADTEC Kulim membuat perkongsian kaedah pembuatan “face shield” atau pelindung mata dan wajah yang diwakili oleh pasukan Mekatronik institusi berkenaan.

Pasukan yang diwakili oleh Suffian Ayob, Kamarul Al-Hafiz, Shahrul Nizam Bibid dan Abdul Rahman berkongsi proses pembuatan “face shield” untuk kegunaan dan keperluan pasukan barisan hadapan (frontliners) Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya di sekitar Kulim.

Melalui perkongsian berkenaan, buat permulaan “face shield” yang telah siap dihasilkan akan diedarkan ke Hospital Kulim, Klinik Kesihatan sekitar Kulim dan para petugas barisan hadapan (anggota keselamatan) secara berperingkat.

Pihak ADTEC Kulim berharap usaha mereka akan meringankan bebanan pasukan barisan hadapan (frontliners) Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2902521916509359&id=103372043091041?sfnsn=mo

Leave a Reply