Adik ahli Parlimen Cameron Highland di lantik Ketua Pengarah JAKOA

0

Adik kepada Ahli Parlimen Cameron Highland, Ramli Mohd Nor, Sapiah Mohd Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) baharu.

Surat pelantikan itu diserahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis ringkas disaksikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sapiah Mohd Nor yang juga bekas pegawai penguatkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK telah mencipta sejarah negara menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

Pelantikan Sapiah telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada 19 Mei 2021, Ahli Parlimen Cameron Highland,
Ramli Mohd Nor telah menyarankan agar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersikap adil dan saksama dalam pelantikan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dengan melantik mereka yang berkelayakkan dalam kalangan orang asli sendiri.

Ia berikutan wujud dakwaan ada gerakan oleh pegawai dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mencatur dan berusaha agar jawatan tersebut diberikan kepada seseorang daripada kaum lain.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply