Adakah ruang untuk kita menjemput Ku Li sebagai pemimpin negara?

0

Mampukah kita mentadbir negara sendiri selepas mencapai kemerdekaan?

Ya, kita mampu.

Selepas merdeka, negara kita membangun dengan pesat sekali.

Pembangunan ekonomi kita antara yang terbaik di Asia Tenggara sehingga kita digelar ‘The Asian Tiger’.

Sedikit demi sedikit, negara kita mencipta nama di mata dunia.

Namun, siapakah yang menjadi arkitek kepada pembangunan ekonomi negara?

Orang itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga Di Raja Kelantan, Tengku Razaleigh atau Ku Li memilih untuk bersama rakyat tercinta dan membela nasib bangsa beliau.

“Jangan saudara-saudara takut kepada saya atau pemimpin-pemimpin lain.

“Kami tidak mengizinkan saudara- saudari memuja atau mendewa-dewakan mana-mana pemimpin. Pemimpin naik kerana saudara-saudari”, katanya.

Pasti ramai yang tidak tahu, Tengku pernah diberi gelaran “Father Of Malaysian Economic Development”.

Sepanjang perkhidmatannya bersama beberapa Perdana Menteri kita, telah banyak Institusi yang diasaskan oleh Tengku demi pembangunan ekonomi negara dan kesenangan rakyat.

Pernas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Bumiputera, Malaysia Development Bank (Bank Pembangunan Malaysia) yang telah menubuhkan Bank Islam dan Syarikat Takaful adalah hasil usaha beliau.

Tengku mengilhamkan serta menyempurnakan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang akhirnya Petronas ditubuhkan dan menghasilkan pendapatan berbilion ringgit kepada negara.

Pada tahun 1971, Tengku mengetuai sebuah misi sulit untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China.

Hubungan diplomatik ini berjaya merealisasikan genjatan senjata ke atas Parti Komunis Malaya yang mengancam keamanan negara ketika itu dan merangsang pertumbuhan ekonomi terutama dalam sektor getah dan minyak kelapa sawit.

Kesemua usaha ini adalah untuk merapatkan jurang ekonomi rakyat pada ketika itu dan juga memperbaiki taraf kehidupan rakyat.

Begitulah Tengku Razaleigh. Seorang negarawan yang diiktiraf dan disanjung tinggi oleh masyarakat dunia.

“We must be more open, more democratic. The leaders must change their attitude”, kata Tengku Razaleigh.

Namun, lihat apa yang telah terjadi. Dunia dilanda krisis.

Negara kita turut terjejas. Ekonomi terancam. Nilai matawang semakin murudum. Perniagaan terpaksa dihentikan dan rakyat dalam kebimbangan.

Kali ini, persoalannya adalah mampukah kita bangkit dari kejatuhan? Membangunankan semula pembangunan ekonomi dan taraf hidup rakyat?

Rakyat semakin terdesak. Kita tertanya-tanya, adakah mungkin untuk muncul seorang pemimpin yang ingin membela nasib rakyat dan membawa semula sebuah harapan?

Pemimpin yang hidupnya sendiri tanpa ada niat untuk mewariskan harta negara kepada keluarga?

Pemimpin yang ikhlas berkhidmat demi negara tercinta?

Pemimpin yang sama kewibawaannya seperti Tengku Razaleigh?

“Yang kita nak harap adalah kepada orang baru yang akan menerokai cara baru dengan teknologi baru.

“Itulah yang akan menyelamatkan kita di masa hadapan”, katanya.

Rakyat dan negara perlukan pemimpin yang berintegriti seperti beliau.

Adakah ruang untuk kita menjemput Tengku sebagai pemimpin negara?

–THE MALAYA POST

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply