“Ada Mee Bandung tak? Nak makan situ”- Raja Permaisuri Agong

0

Sejak akaun Twitter Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ‘dinyahaktif’ , populariti baginda semakin memuncak apabila pengikut dan peminat baginda mula merindui gelagat bersahaja Raja Permaisuri Agong di laman media sosial.

Namun perkongsian video pemilik kedai Mee Bandung di Kuantan, Pahang mengubat kerinduan rakyat jelata untuk melihat kelibat baginda di laman media sosial.

Gelagat baginda apabila bertanyakan  “Ada Mee Bandung tak? Nak makan situ” menerusi video yang dikongsi oleh @madihahrosdi di laman sosial Twitternya sangat mencuit hati dengan gaya bersahaja Raja Permaisuri Agong.

Kehadiran Tunku Azizah pada hari berkenaan amat disenangi semua tambahan dengan sifatnya yang sentiasa merendah diri.

Perkongsian video kedua yang di muat Nur Madihah, kedengaran baginda berkata “Janji tau, ambik nombor telefon dia” Titah Tunku Azizah yang mahu mendapatkan resepi Mee Bandung dari pemilik kedai terbabit.

Gelagat spontan semulajadi Tunku Azizah sudah tentu menarik perhatian ramai. Apabila video berkenaan ‘viral’ , netizen-netizen pantas meninggalkan komen keterujaan mereka terhadap gelagat mencuit hati Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata.

Leave a Reply