Abang uji adik sedang leka main ‘PUBG’ hafaz Quran dan respon adiknya

1

Permainan dalam talian atau online PUBG bukanlah satu permainan yang asing buat penggemar ‘online game’.

Malah ada juga yang terlalu taksub sehinggakan mengabaikan perkara lain.

Namun berbeza dengan entri yang dikongsikan seorang pemilik Instagram, @fathyakan yang memuatnaik video mengusik dan menguji adiknya yang sedang leka bermain PUBG.

View this post on Instagram

Saja kacau dia main pubg, sekali…

A post shared by Fath (@fathyakan) on

Video yang memaparkan Fathyakan bertanya kepada adiknya, “buat pe tu, PUBG ke?” dan apabila adiknya menjawab “ya”, dia terus meminta adiknya menyambung potongan ayat Al-Quran yang dibacanya.

Kemudian adiknya menyambung bacaan dengan lancar tanpa menyedari abangnya sedang merakam perbualannya itu.

Setelah habis sepotong ayat, sekali lagi abangnya menyambung dengan membaca potongan ayat dari Surah Al-Maidah dan dengan lafaz Bismillah adiknya menyambung bacaan berkenaan.

Selesai sahaja adiknya membaca potongan ayat berkenaan, dia sempat mengusik adiknya , “tak buka Quran kan, sambil main game, wow power betul!” dan kelihatan adik lelakinya itu tersipu malu dan menundukkan wajahnya.

Di ruangan komen, ramai warganet yang kagum dengan keperibadian bakal Hafiz Al Quran ini.

Menurut Fathyakan, adiknya belajar di sekolah pondok yang terletak di Batang Kali dan kini sedang menghafal kitab.

Leave a Reply