Abang sado pun ‘koyak’- Scha kongsi gelagat Awal Ashaari jaga baby di hospital

0

Bagi pasangan suami isteri yang menerima kehadiran ahli keluarga baru, pasti jadual dan rutin harian akan berubah 360°.

Begitu juga buat pelakon dan pengacara Awal Ashaari apabila isterinya, Scha Al Yahya selamat melahirkan cahaya mata kedua pagi semalam.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadi Scha, kelihatan Awal memangku bayi perempuan seberat 3.2kg untuk ditidurkan.

Maklumlah, si ayah perlu sama-sama membantu menjaga dan menyiapkan bayi memandangkan si ibu perlu banyak berehat ketika menjalani tempoh berpantang.

Dalam perkongsian Scha turut mempertontonkan rakaman Awal terpaksa tidur di kerusi hospital dengan hanya ditemani selimut dengan kapsyen romantik namun nakal berbunyi ‘Wira sejati tidak memakai jubah, mereka memakai selimut’ ????

Kelihatan Awal ‘membalas’ dengan jawapan ‘bongok laa..’ ????

Hahahhaha.. Janji bahagia! Jangan stress-stress semasa berpantang ya! ✌????

#schawaljr

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply