Abam Bocey meninggal dunia…Al-Fatihah

0

Perkhabaran sedih pemergian pelawak terkenal, Abam anggota kumpulan Bocey amat mengejutkan.

Perkongsian berita sedih melalui laman Instagram adik arwah Abam, Ali Puteh serta ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey mengundang sebak di kalangan para peminat serta warganet.

Video yang dimuat naik Fad dan Achey di laman Instagram mereka, memperlihatkan mereka menangis dan berkongsi berita sedih pemergian mengejut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.

Kami dari warga portal The Malaya Post mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga arwah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solihin.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply