910 PATI, 158 tekong ditahan setakat ini

0

Kerajaan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

Kerajaan juga tidak akan berkompromi atau bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang bersekongkol penyeludupan masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara.

“Hari ini kalau kita baca dalam media ramai yang ditahan kerana bersubahat dengan PATI termasuklah agensi kerajaan sendiri.

“Malah terdapat juga di antara anggota PDRM dan ATM yang terlibat dan kita tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja dalam aktiviti ini,” tegas Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sehingga semalam seramai 910 PATI dan 158 tekong telah ditahan kerana mencuba memasuki sempadan negara secara haram terutama di lorong-lorong tikus.

Turut ditahan 18 buah kapal serta 21 individu yang disyaki penyeludup dalam Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng.

PKPP : KERAJAAN TIDAK AKAN BERKOMPROMI TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PENYELUDUPAN MASUK PATI#KitaMestiMenang#COVID19malaysia #COVID19#PerintahKawalanPergerakanPemulihan#PKPPKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Kementerian Pertahanan Malaysia Ismail Sabri Yaakob

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Friday, 19 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply