9 langkah normal baharu Aidilfitri PKPB

0

Takbir bergema menggetarkan jiwa,
Salam dikirim tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Tangan dihulur mohon kemaafan.

Setelah 30 hari menunaikan ibadah puasa, Syawal yang dinanti-nanti seluruh umat Islam kunjung tiba.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh negara!

Dalam keseronokan menyambut 1 Syawal, orang ramai diingatkan agar meraikannya dengan penuh kesederhanaan bersama ahli keluarga.

Justeru, elakkan beberapa tradisi yang pernah dilakukan bersama keluarga dan sanak saudara ketika menyambut perayaan normal baharu tahun ini.

👉Elakkan menziarahi kubur dalam kumpulan yang ramai

👉Kunjung mengunjungi

👉Bersalaman dan cium tangan ahli keluarga lebih tua

👉Berpelukan (biasa dilakukan sesama jantina disebabkan lama tidak berjumpa)

👉Cium pipi atau laga pipi (kebiasaan dilakukan sesama wanita)

👉Berkumpul beramai-ramai sambil bersembang jarak dekat

👉Berkongsi makanan atau bekas makanan atau minuman

👉Berhimpit di dalam kenderaan

👉Elakkan bersentuhan ketika pemberian duit raya

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply