84,051 pemeriksaan pematuhan SOP PKPB di laksana

0

Dilaporkan sejumlah 84,051 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam.

Ia bagi memantau dan menguatkuasakan SOP PKPB di seluruh negara.

Sebanyak 5,511 pasar raya, 4,908 restoran, 943 penjaja dan 1,361 kilang serta 4,132 bank telah diperiksa.

Pemeriksaan turut dilakukan di 1,157 terminal pengangkutan darat, 237 terminal pengangkutan air dan 183 terminal pengangkutan udara.

Sejumlah 35,035 buah kenderaan persendirian, 2,543 kenderaan awam dan 461 vessel diperiksa.

Turut diperiksa adalah 2,243 pasar awam, 4,420 tempat ibadah, 1,332 tempat riadah dan 585 tapak binaan.

Sebanyak 3,621 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan yang melibatkan seramai 19,056 anggota.

PDRM telah menahan 39 individu dan 18 lagi direman atas kesalahan melanggar SOP.

PDRM telah mengeluarkan kompaun kepada 21 individu atas kesalahan melanggar SOP.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply